Huraian Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara

Huraian Guru Pembina Bangsa Negara. 16 Mei bakal kembali lagi dan sambutan Hari Guru akan disambut setiap tahun. Tema Hari Guru tahun 2017 adalah Guru Pembina Bangsa Negara. Apakah definisi dan huraian tema hari guru tahun ini? Tema ini telah digunakan pada tahun 2009 dan 2010 sebelum ini. 

Huraian dan definisi Guru Pembina Bangsa Negara

Huraian Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara

Berikut dikongsikan definisi dan huraian Huraian Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara. 

Tema dipilih selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam 

  • Memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan
  • Seterusnya, guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.


Definisi

Guru

Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. 

Pembina

Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan. 

Negara Bangsa

Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Huraian

  • 1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan agenda pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025. Guru ialah agen penting dalam meperteguh peradaban bangsa melelui pendidikan.
  • 2. Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utug dan mantap hanya apabila bidang penddikan dapat memastikan generasi yang dilahirkan adalah generasi holistik cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan keperluan global. Pendidikan yang baik dan bersepadu memandu manusia untuk berfikir, merancang dan bertindak secara benar dan sempurna. Dalam kontels Malaysia, peradaban bangsa mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional.
  • 3. Dalam kontels ini, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, pemupuk perpaduan, berupaya melahirkan masyarakat berkeyakinan tinggu, mempunyai nilai etika yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat global. Menerusi transformasi pendidikan, peradaban bangsa boleh diperkukuh apabila guru melaksanakan peranan mereka untuk menghasilkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, altruisme, liberal, bertolak ansur dan penyayang.
  • 4. Guru juga harus mengalas tugas menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta berupaya berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Justeru itu guru perlu sentiasa sedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.
  • 5. Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bernula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi,
  • 6. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.

Selamat menyambut Hari Guru 2017. Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. 
loading...
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,

Share Artikel Ini:

0 Response to "Huraian Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara"

Post a Comment