• Semasa

    SAYU !! Ajal depan rumah.. Lima beradik tidak mampu berkata apa-apa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Ajal depan rumah.. Lima beradik tidak mampu berkata apa-apa - NILAI - Lima beradik tidak mampu berkata apa-apa sebaik mendapati sekujur tubuh yang terbaring atas jalan di hadapan rumahnya, merupakan adik beradik sendiri.

    SAYU !! Ajal depan rumah.. Lima beradik tidak mampu berkata apa-apa


    SAYU !! Ajal depan rumah.. Lima beradik tidak mampu berkata apa-apa


    Kejadian berlaku kira-kira 3 petang kelmarin di Kampung Jijan Hilir, di sini, yang menyaksikan Katni Ahmad Sharif, 42, meninggal dunia apabila motosikal jenis Modenas Kriss ditunggangnya dikatakan berlanggar dengan sebuah motosikal berkuasa besar ketika membelok masuk ke laluan rumahnya.

    Insiden itu disedari adik beradik mangsa selepas terdengar bunyi dentuman kuat sebelum masing-masing berlari keluar dari rumah melihat apa berlaku.

    Adik bongsu mangsa, Zaiton, 42, berkata, ketika kejadian, Allahyarham mahu pulang ke rumah mengambil barang kitar semula yang dikumpul untuk dijual di Salak Tinggi, Sepang.

    “Dia dah hantar (barang-barang) sebelum itu, tapi ada lagi di rumah. Sebab itu dia balik semula. Duit pun dia tak ambil lagi. Tapi, perjalanannya setakat itu sahaja.

    “Saya tahu kejadian menimpa abang dari suami.  Suami sendiri yang ketika itu dalam perjalanan ke Salak Tinggi terkejut mendapati mangsa kemalangan itu adalah abang kami,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, di sini, semalam.

    Zaiton berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham tiga hari lalu dan sempat memintanya memotong rambut yang dilihat sudah panjang.

    Sebab itu, katanya, hatinya menjadi sebak ketika kejadian apabila rambut Allahyarham sudah dipotong rapi, seolah-olah dia tahu pemergiannya.

    “Arwah anak keenam dari 11 beradik. Dia belum berkahwin. Walaupun begitu, dia tak pernah susahkan sesiapa.

    “Saya rapat dengan arwah kerana dia seorang abang yang baik hati. Bila jadi macam ini, mulalah kita kenang dan ingat kembali apa perlakuannya sebelum ini. Rupa-rupanya memberi petanda awal dia akan meninggalkan kami,” katanya.

    Malah, katanya, rakan Allahyarham juga memberitahu yang dia pernah menyebut hidupnya tidak akan lama lagi selepas dinasihatkan supaya berjimat menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan.

    "Walaupun saya kehilangan seorang abang, pemergian Allahyarham pada bulan Ramadan ada hikmahnya," katanya. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad